Tuesday, May 18, 2010

Apa Itu Tester Unit BARU..

Hai..sedikit info tentang perfume-perfume yang pihak kami jual kepada semua pelanggan. Mungkin ada yang sudah arif dengan perfume ni, tapi mungkin juga masih ada yang belum tahu apa itu tester unit ini. Di sini saya akan ceritakan serba sedikit tentang tester unit perfume.

Tester unit adalah seperti yang kita lihat di kaunter-kaunter pusat membeli belah. Kita di beri peluang mencuba haruman perfume yang mereka jual dan menilai samada menepati citarasa kita atau tidak.

Perfume tester unit ini juga ORIGINAL dan sama seperti stok biasa yang di jual di kaunter. Kebanyakkan penggemar perfume juga ada memberitahu bahawa TESTER UNIT ini biasanya TAHAN LEBIH LAMA dari stok biasa kerana kandungan pewanginya yang lebih banyak dari stok biasa. Ini adalah strategi yang digunakan kompeni perfume tersebut agar bau haruman minyak wanginya bertahan/melekat lebih lama kepada potential customer mereka.

Antara berikut adalah ciri-ciri kepada tester unit perfume:

1) BerKOTAK warna COKLAT atau PUTIH tetapi masih memaparkan nama perfume tersebut.
2) Pada kotak akan tertulis "TESTER" atau "DEMONSTRATION".
3) Pada botol juga akan tercetak "TESTER" atau "DEMONSTRATION".
4) Isipadu unit TESTER adalah sama dengan stok biasa. TIADA kekurangan isipadu. Maka ia dijual sebagai "TESTER BARU".
5) Ada unit TESTER jenama tertentu mempunyai PENUTUP / CAP
6) Ada juga unit TESTER jenama tertentu yang TIDAK BERPENUTUP / NO CAP
7) Haruman unit TESTER sama seperti stok biasa. TIADA PERBEZAAN pada harumannya.
8) Haruman unit TESTER yang TIDAK BERPENUTUP / NO CAP juga sama seperti stok biasa. TIADA PERBEZAAN pada harumannya.

No comments:

Post a Comment